Tentang Kami

Tasik Heights Apartment

Dari 1998

Tentang kami

Tasik Heights Apartment merupakan kawasan kediaman yang terletak di lokasi strategik di Bandar Tasik Selatan, Cheras, Kuala Lumpur. Dibina sejak tahun 1998, komuniti ini berkembang dalam persekitaran yang matang serta terus membangun selari dengan perkembangan kawasan sekitarnya. Lokasinya yang berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) serta akses mudah ke lebuh raya utama seperti MRR2 dan Lebuhraya Sungai Besi menjadikan Tasik Heights Apartment pilihan ideal bagi penduduk yang menghargai keselesaan dan kemudahan hidup di bandar.

  • Setiap blok terdiri daripada 9 tingkat.
  • Suasana kejiranan yang harmoni.
  • Dilengkapi dengan kemudahan seperti kedai runcit, kedai makan, dan lain-lain.

Sistem Keselamatan

Kad akses

Setiap penduduk diberikan kad akses peribadi yang digunakan untuk keluar dan masuk ke kawasan Tasik Heights Apartment bagi memastikan kawalan keselamatan yang lebih teratur dan efisien.

Rekod kemasukan

Bagi tetamu yang tidak mempunyai kad akses, pengawal keselamatan akan merekodkan maklumat kemasukan mereka sebagai langkah keselamatan dan pemantauan kawasan.

Pemantauan dari pengawal keselamatan

Pengawal keselamatan akan menjalankan rondaan dan pemantauan secara berkala dari semasa ke semasa di seluruh kawasan Tasik Heights Apartment bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa terpelihara

Kamera Litar Tertutup (CCTV)

Setiap blok di Tasik Heights Apartment dilengkapi dengan kamera keselamatan (CCTV) bagi memantau kawasan sekitar dan meningkatkan tahap keselamatan penduduk secara berterusan.

Pengawal keselamatan di kolam renang

Pengawal keselamatan turut ditempatkan di pintu masuk kolam renang bagi tujuan pemantauan dan keselamatan kawasan.

Kad akses

Setiap penduduk yang ingin menggunakan kolam renang hendaklah membawa kad akses. Akses ke kawasan kolam tidak dibenarkan tanpa kad tersebut.

rekod kemasukan

Penduduk dikehendaki mencatatkan butiran dalam buku rekod sebelum memasuki kawasan kolam renang.