Perkhidmatan

Perkhidmatan dari JMB

The Joint Management Body (JMB) Tasik Heights Apartment memastikan persekitaran kediaman yang selamat, selesa, dan terurus dengan baik untuk semua penduduk. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan penting yang merangkumi pengurusan operasi harian, penyelenggaraan fasiliti, keselamatan, dan kebajikan komuniti. JMB berusaha untuk mewujudkan suasana hidup yang harmoni dan menyenangkan bagi semua penghuni Tasik Heights.

Pembayaran Bill

Pembayaran bil seperti bil rumah, air, dan lain-lain hendaklah dilakukan melalui pejabat pengurusan JMB Tasik Heights Apartment.

Urusan Berkaitan Permohonan Pengubahsuaian Kediaman

Sebarang urusan pengubahsuaian kediaman di Tasik Heights Apartment hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pihak pengurusan JMB Tasik Heights Apartment.

Pindah Masuk Barang

Sebarang urusan pindah masuk atau keluar perlu dimaklumkan kepada pihak JMB Tasik Heights Apartment dengan mengisi borang yang disediakan.

Penyelenggaraan Berkala

lif, kawasan awam, paip rumah dan lain-lain diselenggara secara konsisten demi keselesaan dan keselamatan semua penduduk.


  • Pemeriksaan ke atas lif, ketinggian pokok dan lain-lain di kawasan perumahan.
  • Pembersihan harian di kawasan umum seperti lobi, lif dan tempat letak kereta.
  • Pemotongan rumput secara berkala di sekitar setiap blok kediaman.

Keselamatan Dipertingkatkan

Dengan kerjasama pegawai keselamatan, JMB mengawal akses keluar masuk dan memastikan keselamatan komuniti melalui rondaan dan pemantauan CCTV.


  • Kawalan akses masuk melalui kad keselamatan atau pendaftaran pelawat.
  • Kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di lokasi-lokasi strategik seperti kawasan lif dan tempat letak kereta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini.
  • Rondaan secara berkala oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Tindak Balas Aduan yang Pantas

Setiap aduan penduduk ditangani dengan cepat dan profesional melalui sistem pengurusan aduan yang tersusun dan telus.


  • Respon awal dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.
  • Dokumentasi dan susulan status aduan sehingga selesai.